Peluang itu. Peluang ini.

16.10.13

Kejamkah aku jika tak memberi peluang?

Bodohkah aku jika hanya menunggu peluang yang tidak tahu lagi kunjung tibanya?

Aku. Buntu. Untuk. Ini. Semua.

Segalanya terlalu cepat untuk aku. Terlalu cepat..

Hait? Dah habis dah? -,-'

Dia. Tapi bukan dia.

14.10.13

"Abang! Amir! Abang! Amir!" berlari Intan ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan di hadapannya.

"Saya rasa awak salah orang ni cik." langkah kaki Haniff terhenti seketika apabila seorang perempuan yang tidak dikenali itu menerpanya dari hadapan.

"Maafkan saya, muka awak seiras arwah suami saya. Seiras sungguh.." deraian air mata Intan sungguh laju.

"Minta maaf, tapi nama saya Haniff. Bukan Amir. Saya minta maaf cik.. er puan?

"Nama saya puan Intan. Minta maaf ye. Saya pergi dulu encik Haniff" perlahan-lahan dia membuka langkah. Beredar dari kawasan itu. Sememangnya dia masih dalam khayalan. Khayal mengingati arwah suaminya! Khairul Amir Bin Rashidi. Al-Fatihah...


P/s: Cerita ini tidak berkaitan dengan sesiapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sebab kenapa

Aku menangis.

Tapi aku tak tahu, kenapa?
Selalu jadi pada kau juga?
Hati sedih tiba-tiba.
Sebabnya masih kabur.
Tapi sekarang.
Aku yakin, aku sudah tahu sekarang apa sebabnya.

KAMU.

: )

Lamaran atas angin

21.4.13





'Fika, kalau 5 tahun lagi aku jumpa kau. Masa tu kau belum jumpa jodoh lagi. Kalau aku melamar kau, kau terima tak?'

'krik krik krik'




Tunggu sekejap?

7.4.13


Belum sempat diselak ke mukasurat kedua, hanya sempat menenung mukasurat pertama. Sedar tak sedar sudah terselak mukasurat terakhir. Di mana sebenarnya mukasurat kedua itu tak pernah dicetak pun. Tak pernah wujud. Memang cerita ini hanya ada permulaan dan pengakhiran. Cuba untuk mengimbau semuanya dalam dua mukasurat. Muka hadapan yang sangat elok rupanya. Hanya boleh ditatap, bukan untuk ditontonkan ceritanya di antara dua mukasurat itu.

Maknanya di sini; Dia datang seketika, hanya sempat melihat sekejap. Tak mampu berbuat apa apa yang termampu untuk memenangi hatinya. Kaki baru mahu diatur, kata baru hendak diucap. Semuanya sudah sampai ke pengakhiran. Tiada lagi semuanya. Semuanya hilang… 

XOXO

25.2.13

'Happy Birthday xo"

Till then! Goodbye :D

Seperti saya kenal kamu ini

24.1.13

Sudah lebih dari sepurnama tidak ketemu,
memang tidak pernah pun bertemu,
tapi hati ini sudah merindu,
dirimu kembali bersua,
di laman maya kita ketemu,
mengubat rindu yang bertamu.

Cuma aku yang tahu

20.1.13


Mungkin semua orang tak tahu, tapi aku tahu,
Apa yang ada pada kamu, itu yang aku mahu.

Mana mungkin hati ini akan tertaut, pada yang satu,
jika hati ini bukan lagi milikku, aku jelaskan di sini, aku cinta padamu.

:')