Post #1

23.9.12


Akhirnya sampai juga Khairy di teratak ibubapa Suraya yang dinamakan ‘Teratak Bonda’ itu.

‘Awak, saya dah sampai ni.’ Pantas tangannya menaip mesej dan dihantarkan ke number Suraya. Tanda dia sudah sampai.  
Tunggunya di hadapan pagar teratak tersebut.

Bergetar jiwanya saat itu. Sudah tiba masa baginya untuk menemui ibubapa Suraya tanda menunjukkan kesungguhannya untuk menjadikan anak mereka itu sebagai suri hatinya.

‘Okay, kejap. Saya datang ni. Tunggu tau.’ Balas Suraya.

‘Mak, Khairy dah sampai. Mak siapkanlah apa yang patut tau? Bapa mana?’ Suraya sempat membetulkan tudungnya di hadapan cermin di ruang tamu, tidak sabar rasa hatinya untuk menemukan buah hatinya dengan ibubapanya itu.

‘Bapa kau tengah siap-siap dekat atas tu. Kejap lagi dia turunlah. Haa, kau pergilah jemput si Khairy tu masuk. Jangan biar dia lama-lama dekat luar.’ Panjang bebelannya itu. Puan Maznah memang seorang yang penyayang dan amat menghormati setiap tetamu yang datang ke rumahnya. Apa lagi kalau bakal menantunya yang datang. Pelbagai jenis kuih sudah terhidang di atas meja makan, untuk dijamah sebagai minum petang apabila selesai berbual dengan bakal menantunya itu.

‘Ya Allah, kenapa awak berdiri tengah-tengah panas ni?’ Cepat-cepat Suraya membukakan pintu pagar itu untuk Khairy.

‘Dah sayang tak buka pagar ni awal-awal. Tengok saya dah berpeluh-peluh ni. Tak handsome dah. Nanti kena reject pula, siapa yang kempunan? Awak juga kan?’ Usik Khairy dengan senyuman nakalnya. Khairy sememangnya mempunyai rupa paras yang amat menarik. Kacak orangnya, berjanggut tanda jantan. Serta tinggi, berkulit sawo matang dan berbibir nipis. Kali ini untuk berjumpa dengan bakal mertuanya, dia mengenakan baju kemeja biru gelap bersama dengan seluar khakis. Gaya yang santai tetapi masih kacak di mata Suraya. Perkara yang paling diminati oleh Suraya pada pandangannya ialah apabila Khairy mengenakan cermin mata Raybannya itu. Bak Adi Putra katanya! Cuma bibirnya sahaja yang lain.

‘Dah jangan banyak cakap, terus masuk. Parents saya dah lama tunggu tau?’

‘Takutlah, saya balik boleh? Awak kahwin dengan orang lain jelah.’

‘Awak jangan main-main ye? Saya merajuk kang, tak pasal-pasal awak kena pujuk nanti.’

‘Hahahaha, okay-okay. Kita masuk sekarang.’ Langkah kanan dimulakan dengan selawat oleh Khairy. Berharap dia akan menjalani pertemuan ini dengan lancar dan baik sekali.

‘Haaa, ini pun dia ye orangnya?’ Sapa Puan Maznah.

‘Mak dengan bapa, kenalkan inilah Khairy.’ Pantas Khairy menghulurkan salamnya kepada kedua ibubapa Suraya itu.

‘Assalamualaikum makcik dan pakcik. Sihat?

‘Alhamdulillah, kami sihat.’ Sambil menyambut huluran salam Khairy.

‘Boleh tahan juga pilihan si Suraya ni.’ Bisik Puan Maznah di dalam hatinya. Jauh fikirannya sudah melayan perasaannya ketika merenjis bakal pengantin ini nanti.

‘Khairy, jemputlah duduk. Buat macam rumah sendiri ye. Jangan malu-malu atau segan dengan kami.’ Pelawa Puan Maznah sambil mengangkat dulang yang berisi jag dan gelas itu.

‘Terima kasih makcik.’ Khairy melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelahnya itu. Sofa berwarna putih, di serasikan dengan beberapa bantal berbentuk empat segi.

‘Cantik juga rumah bakal isteri aku ni.’ Getus hatinya.

Selama ini Khairy hanya menghantar Suraya di luar rumah sahaja. Dan ini merupakan kali pertama Khairy melangkah masuk ke dalam rumah ini. Sedikit kagum dengan hiasan dalaman rumah Suraya ini. Sudah jauh fikirannya untuk mempunyai rumah sendiri selepas berkahwin nanti, dan berharap Suraya boleh menghiaskan rumah tersebut nanti cantik seperti teratak ini.

‘Jauh mengelamun?’ Tegur Encik Hamid.

‘Maaf pakcik, saya teruja tengok rumah pakcik ni. Cantik.’ Bersungguh riak wajahnya berkata dengan Encik Hamid itu.

‘Hahaha, cantik ke? Biasa je pakcik tengok. Ni semua kerja Suraya dengan makcik kau tulah. Sikit-sikit tambah bungalah, tambah itulah, tambah inilah. Ha, jadilah macam ini sampai ke harini. Pakcik yakin rumah Khairy lagi cantik kan? Teka Encik Hamid. 


*akan bersambung*

Wardina Safiyyah

15.9.12

'Wardina Safiyyah diumumkan bakal bernikah tahun hadapan' - Tajuk utama gossip hari ini






Berderau seluruh jantung Azmir, mengharapkan bulan jatuh ke riba. Malangnya pungguk yang jatuh akibat ditembak sang pemburu.

'Jangan sedih sedih Mir, nanti aku kenalkan kau dengan seseorang ni. Muka sebiiiiiiiijik macam Wardina! Aku janji.'

'Mana ada lagi perempuan dekat dunia ni muka macam Wardina tu, aku yakin dia seorang je dalam dunia lawa maxam tu.'

'Eh, belum jumpa belum tahu. Kau relax je, ada masa nanti aku kenalkan kau dengan dia. Aku rasa dia pun single and sangat sangat available macam kau ni.'


     ****************************


'Mir, mana kau ni? Aku dah ada dengan budak tu depan TGV ni.'

'Wey, aku nervouslah nak datang dekat dengan korang. Muka dia sebijik macam Wardina!'

'Aku dah cakap dari haritu, kau tak percaya. Dah dah, datang sini. Aku kenalkan kau dengan dia. Lepas tu aku tinggalkan kau dengan dia berdua je.'


          ***************************


'Hai, nama saya Azmir, Azmir Roslan.'

'Nama saya Fazlinda, Fazlinda Aminuddin.'

'Shall we?'

:')