Tunggu sekejap?

7.4.13


Belum sempat diselak ke mukasurat kedua, hanya sempat menenung mukasurat pertama. Sedar tak sedar sudah terselak mukasurat terakhir. Di mana sebenarnya mukasurat kedua itu tak pernah dicetak pun. Tak pernah wujud. Memang cerita ini hanya ada permulaan dan pengakhiran. Cuba untuk mengimbau semuanya dalam dua mukasurat. Muka hadapan yang sangat elok rupanya. Hanya boleh ditatap, bukan untuk ditontonkan ceritanya di antara dua mukasurat itu.

Maknanya di sini; Dia datang seketika, hanya sempat melihat sekejap. Tak mampu berbuat apa apa yang termampu untuk memenangi hatinya. Kaki baru mahu diatur, kata baru hendak diucap. Semuanya sudah sampai ke pengakhiran. Tiada lagi semuanya. Semuanya hilang…