Pergi

27.3.12


“Kenapa dulu awak pergi? Kenapa sekarang baru awak cari saya? Awak tahukan saya dah lama tunggu awak sejak awak tinggalkan saya dulu?”
“Awak tak faham, dan takkan pernah faham”
“Kenapa perlu awak cakap yang saya takkan pernah faham sedangkan awak tak pernah nak fahamkan saya situasi awak? Saya perlukan awak di masa awak tak perlukan saya, dan saya cakap saya tunggu. Hingga sekarang saya tunggu awak, Hazim”
“Dengar sini, saya dah ada depan awak kan sekarang? Apa lagi yang awak nak? Saya nak awak ada dengan saya, dan saya akan bagi awak faham selepas itu. Got it?”

Hanya Allah yang tahu betapa indahnya bersama dengan seseorang yang betul-betul menyayangi kita dan yang paling manis, kita nampak kasih sayang tersebut. 

Penyesalan


“Awak! Awak !”
“Ye? Awak panggil saya ke?”
“Eh tak, saya tak panggil awak.. err awak dah nak balik ke?”
“A’ah saya dah nak balik, saya nak jemput Jue sekarang”
“Oh okay kalau macam tu kita jumpa lain kali sajalah ye?”
“InsyaAllah, awak jaga diri ye?”
“Okay then, you too. Bye bye”

Demikianlah pertemuan singkat di antara Megat dan Suraya. Sepertinya ada sesuatu yang terbuku di hati Suraya yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Permulaan bicara dimulakan, tetapi tidak pula terpancul kata yang ingin diucap. Sudah terlalu lama dia mengharapkan pertemuan seperti ini. Pertemuan yang singkat namun memberi kegembiraan yang teramat baginya. Adrenalinnya memuncak sebaik sahaja mendengar nama ‘Jue’ itu. Sudah lama difikirkan mungkin ini adalah yang terakhir tidak mungkin dia akan dapat bertemu Megat lagi selepas ini. Apa yang teringin sangat diucapkan itu hanyalah sebaris kata ‘Saya rindukan awak, Megat’. Cukup dengan sebaris ayat itu, mengharapkan Megat tahu yang masih ada sayang di hatinya. Namun apakan daya, kekuatan yang selama ini dicari tidak cukup untuk melawan getar hati pada pertemuan itu. Kekesalan melepaskan lelaki sebaik Megat dahulu amat dirasai. Apabila Megat berada di samping Jue, Suraya mengigit jiwanya sendiri. Dia gembira melihat Megat gembira dengan Jue tetapi, jauh di sudut hatinya dia mengharapkan dia adalah orang yang berada di tempat Jue dengan makna lain menjadi milik Megat…

Please say yes !

13.3.12

'Ke mana kita nak pergi ni awak?'
'Saya nak bawa awak ke satu tempat yang awak takkan lupakan'

*tangan laju menaip mesej; Dear Julia, kalau pukul 11 malam aku tak call kau tolong call aku okay?

'Apa yang kita nak buat dekat sini?'
'Awak lapar tak?'
'Hurm, laparlah juga. Kenapa? Awak ada makanan ke?'
'Ada, tapi cupcakes je. Awak nak tak?'
'Boleh juga'
'Ini dia cupcakesnya'



'WOULD YOU MARRY ME' - tertulis di atas cupcakes

'Imran, apa semua ini?'
'Nah, ambil satu awak makan. Cuba pilih satu'
'Saya pilih yang ini, Warna dia comel. Sedap, eh eh eh kenapa ada batu dalam mulut saya?'
'Batu? Yeke? Cuba tengok betul betul'
'Ya Allah, Imran!!'
'Sudikah awak? Err. Nak saya melutut ke?'
'Hurmm ..'



'Adila Binti Mohd Nor, sudikah awak menjadi suri hati Imran Bin Hamid? Teman sehidup dan semati, susah dan  senang bersama dia?
'Awak, saya dah lama tunggu saat ini, and I would say yes'


'Boleh saya bangun sekarang, sarung cincin ni?'
'Tak boleh, kena jawab soalan saya dulu'
'Okay apa soalannya?'
'Macam mana awak tahu yang saya akan ambil cupcake yang ini sedangkan ada sedozen cupcakes dalam box ni. Kalau saya tak pilih cupcake ni mungkin kebarangkalian awak nak lamar saya 1 per 12 lah kan?'
'Sayang, kalau awak nak tahu saya letak sebentuk cincin dalam setiap cupcakes yang ada. Sebab saya nak pastikan kebarangkalian awak ini milik saya adalah 12 per 12 iaitu 100 peratus'



*fainted*