Penyesalan

27.3.12


“Awak! Awak !”
“Ye? Awak panggil saya ke?”
“Eh tak, saya tak panggil awak.. err awak dah nak balik ke?”
“A’ah saya dah nak balik, saya nak jemput Jue sekarang”
“Oh okay kalau macam tu kita jumpa lain kali sajalah ye?”
“InsyaAllah, awak jaga diri ye?”
“Okay then, you too. Bye bye”

Demikianlah pertemuan singkat di antara Megat dan Suraya. Sepertinya ada sesuatu yang terbuku di hati Suraya yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Permulaan bicara dimulakan, tetapi tidak pula terpancul kata yang ingin diucap. Sudah terlalu lama dia mengharapkan pertemuan seperti ini. Pertemuan yang singkat namun memberi kegembiraan yang teramat baginya. Adrenalinnya memuncak sebaik sahaja mendengar nama ‘Jue’ itu. Sudah lama difikirkan mungkin ini adalah yang terakhir tidak mungkin dia akan dapat bertemu Megat lagi selepas ini. Apa yang teringin sangat diucapkan itu hanyalah sebaris kata ‘Saya rindukan awak, Megat’. Cukup dengan sebaris ayat itu, mengharapkan Megat tahu yang masih ada sayang di hatinya. Namun apakan daya, kekuatan yang selama ini dicari tidak cukup untuk melawan getar hati pada pertemuan itu. Kekesalan melepaskan lelaki sebaik Megat dahulu amat dirasai. Apabila Megat berada di samping Jue, Suraya mengigit jiwanya sendiri. Dia gembira melihat Megat gembira dengan Jue tetapi, jauh di sudut hatinya dia mengharapkan dia adalah orang yang berada di tempat Jue dengan makna lain menjadi milik Megat…